Acer Swift 3 Dengan Kerangka Logam Nipis & Ringan Kini Dijual Pada Harga RM2,899

Swift 3_silver_02Selepas pertama kali didedahkan kepada umum pada pamera IFA di Berlin pada September yang lalu, Acer Malaysia telah memperkenalkan komputer riba siri terbaru yang menampilkan kerangka nipis dan ringan dengan Acer Swift 3 untuk pengguna di negara ini.

Swift 3_silver_04Dengan ketebalan 17.95mm serta berat hanya 1.5kg, Acer Swift 3 diperbuat daripada kerangka aluminium sepenuhnya. Potongan kerangka yang simetri serta bahagian hujung yang melengkung ini sedikit sebanyak berjaya memperlihatkan rekaan yang lebih premium dan elegan. Walaupun tampil dengan kerangka yang nipis dan ringat, Acer Swift 3 masih mampu memenuhi keperluan pengguna dengan sokongan paparan skrin berukuran 14 inci, yang mana lebih besar jika dibandingkan dengan komputer riba ultra-slim yang lain di pasaran.

Swift 3_silver_03Komputer riba yang sangat ringan ini telah dikuasakan oleh pemproses Intel CoreTM i5 Generasi ke-6 ini bukan sahaja menjanjikan prestasi serta produktiviti yang terbaik, tetapi ia juga memastikan penggunaan tenaga yang rendah. Sokongan bateri 48 Wh 3220 mAh pada Acer Swift 3 berupaya menjanjikan ketahanan bateri sehingga 10 jam.

Acer Swift 3 yang dijual pada harga RM2,899 ini tersedia dalam dua warna pilihan iaitu Sparkly Silver dan juga Luxury Gold (boleh didapati mulai November ini). Pembelian boleh dibuat melalui pengedar Acer di seluruh negara mulai 19 Oktober yang lalu. Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian Acer Product Infoline 1800-88-1288.

You might also like