

Anda sudah memiliki Apple iPhone 7 atau iPhone 7 Plus?! Lindungi peranti kesayangan anda itu dengan koleksi lengkap terbaru yang diperkenalkan oleh OtterBox di negara ini.

Seiring dengan revolusi yang diperkenalkan oleh Apple pada dua model keluaran terbarunya di pasaran dengan kemunculan iPhone 7 dan juga iPhone 7 Plus, OtterBox juga nampaknya telah meneruskan tanggungjawabnya untuk memberikan perlindungan maksimum untuk dua model tersebut melalui koleksi lengkap yang tampil dengan pelbagai gaya dan juga tahap perlindungan terbaik melalui pengiktirafan Drop+ Protection yang lebih terjamin.

OtterBox telah memperkenalkan koleksi sebanyak 6 model sarung pelindung dan juga 1 pelindung skrin eksklusif untuk iPhone 7 dan juga iPhone 7 Plus yang boleh dimiliki pada harga serendah RM129. Walau bagaimanapun, sarung pelindung model Strada Series Folio Case dan juga pelindung skrin Alpha Glass untuk model iPhone 7 hanya akan diperkenalkan pada masa akan datang.


HARGA
Aksesori / Model |
||
Defender Series Case |
RM219 |
RM259 |
Commuter Series Case |
RM169 |
RM199 |
Symmetry Series Case |
||
Symmetry Series Clear Case |
||
Strada Series Folio Case |
RM199 |
RM239 |
Achiever Series Case |
RM129 |
RM149 |
Alpha Glass Sreen Protector |
RM139 |
RM159 |