Rasmi! Wiko View Prime Dan View – Paparan Hampir Penuh Pada Harga Bermula RM899

Wiko sebuah jenama yang berasal dari Perancis hari ini melancarkan dua buah peranti terbaru ke pasaran Malaysia dengan harga yang berpatutan. Selepas enam tahun ditubuhkan Wiko juga telah menjual hampir 30 juta unit telefon pintar di 30 negara seluruh dunia.

Perbezaan antara Wiko View (kiri) dan Wiko View Prime (kanan) yang menempatkan konfigurasi kamera

Wiko juga melebarkan sayap mengikut trend semasa dengan memperkenalkan Wiko View Prime dan Wiko View hadir bersama paparan hampir penuh dengan nisbah 18:9 bersaiz 5.7 inci beresolusi HD. Skrin 2.5D juga selesa dipegang ditambah pula kerangka badan yang ergonomik berasaskan logam.

Wiko View dan Wiko View Prime masing-masing menyediakan pengimbas cap jari

Perbezaan antara kedua-dua peranti ini, model Prime didatangkan dengan dwi kamera selfie 20 MP + 8 MP manakala satu lagi memiliki sensor tunggal 16 MP. Penggambaran selfie dalam keadaan malap juga lebih baik oleh kerana Wiko View Prime dan View menyokong lampu LED flash. Kamera belakang untuk Prime ialah 16 MP dan View menggunakan 13 MP.

Anda juga boleh memilih beberapa mod yang disediakan seperti contoh Live Potrait Blur iaitu mengaburkan pandangan latar belakang, Video Stabilisation untuk penstabilan semasa rakaman video, dan Live Auto Zoom berfungsi meningkatkan kualiti semasa membuat rakaman siaran langsung.

LED flash dilihat sangat membantu mengambil gambar dalam cahaya terhad

Beralih ke perkakasan dalaman, View Prime dilengkapi cip pemproses Snapdragon 430 Octa-core sementara, View dikuasakan oleh set cip Snapdragon 425 Quad-core. Kandungan memori menyediakan 4GB RAM dan 64GB ROM untuk View Prime dan 3GB RAM dan 32GB ROM untuk model View.

Wiko View Prime dan Wiko View dijual pada harga RM1,199 dan RM899 bermula Oktober depan di kedai-kedai sah seluruh negara. Pilihan warna menyediakan Black, Deep Bleen, dan Cherry Red. Untuk keterangan lanjut, sila layari Facebook Wiko Malaysia.

You might also like