
Pendedahan Warna Baharu Pada iPhone 12?!
Sejak pendedahan siri iPhone 12 tular di laman sesawang, dilihat tidak banyak penambahbaikan pada reka bentuk luarannya. Oleh itu penggunaan warna baharu mungkin akan hadir dalam siri iPhone 12 selepas perkenalan warna baharu Midnight Green pada iPhone 11 Pro.
Menurut sumber, warna baharu ini mempunyai unsur biru dan hitam yang mana ia lebih terang daripada hitam dan lebih gelap daripada biru. Adakah warna baharu ini menarik minat kipas tegar Apple? Jom kongsi!

