

Pengkomersilan rangkaian 5G pada suku ketiga ini bakal membuka peluang lebih besar kepada penerapan teknologi canggih ke dalam pelbagai sektor vertikal – misalnya penjagaan kesihatan dan pelancongan.
U Mobile berusaha meneroka pelbagai cara bagi membantu rakyat Malaysia memanfaatkan rangaian 5G menerusi sektor ini. Sebanyak lima demonstrasi kes kegunaan masa nyata telah dipamerkan di Langkawi sejajar Projek Demonstrasi 5G anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Sekitar Disember lalu, U Mobile telah menunjukkan bagaimana ketersambungan sokongan 5G dapat menyokong konsultasi perubatan jarak jauh menerusi DOCpod daripada DoctorOnCall. Selain itu, U Mobile juga telah menguji kelajuan rangkaian 5G-nya mampu yang mana dilihat berupaya mencapai sehingga 1.2 Gbps.

Malah pada hujung minggu lalu, U Mobile telah mempersembahkan beberapa lagi kes kegunaan 5G masa nyata – termasuklah konsultasi jarak jauh dengan MEDCOM, permainan multi pemain realiti maya (VR) dan pelancongan VR.
Ketua Pegawai Teknologi U Mobile, Woon Ooi Yuen berkata U Mobile akan terus gigih meneroka potensi 5G tanpa had serta mencari jalan bagaiman pengkomersilan 5G dapat memanfaatkan rakyat Malaysia. Tegasnya lagi, U Mobile akan menjalankan lebih banyak kes kegunaan sedemikian bagi memberi manfaat kepada sektor vertikal.

U Mobile juga akan berkongsi maklumat terkini dari semasa ke semasa mengenai bagaimana kes tersebut dapat merealisasikan potensi 5G tanpa had serta memacu pembangunan kemanusiaan.

