Mobile Suit Gundam Extreme VS. Maxi Boost On Bakal Tiba Di PlayStation 4 – Tarikh Pelancaran Dikemas Kini Kemudian

Kepada peminat Gundam, Bandai Namco hari ini membawakan berita gembira apabila memaklumkan bahawa permainan Mobile Suit Gundam Extreme VS. Maxiboost On bakal tiba di PlayStation 4 pada tahun ini. Bagaimanapun, mereka masih berteka – teki mengenai tarikh pelancaran rasminya dan bakal dikemas kini kemudian. Adakah kalian berasa teruja?!

Mobile Suit Gundam Extreme VS. Maxiboost On merupakan permainan pertempuran siri Gundam – lebih berfokuskan kepada pertempuran dua lawan dua. Difahamkan, permainan kali ini menyertakan sebanyak 183 jenis Mobile Suits. Untuk bahasa, ia menawarkan suara latar berbahasa Jepun dan English pula untuk versi global.

You might also like