Lenovo Jenama Pertama Menyokong Sistem Keselamatan Intel Online Connect

Pada tahun lepas sebanyak 81% data komputer telah dicerobohi dan dicuri oleh kerana sistem keselamatan yang tidak kukuh. Hari ini Lenovo mengumumkan kerjasamanya dengan Intel memperkenalkan Intel Online Connect.

Sistem yang menyokong pemproses Intel Core Gen-7 dan Gen-8 ini diperkenalkan pada model terbaru komputer Lenovo iaitu Yoga 920, tablet ThinkPad X1, ThinkPad X1 Carbon, dan IdeaPad 720S. Sistem ini sekaligus akan memberi perlindungan yang lebih menyeluruh termasuk pembayaran atas talian PayPal atau laman sosial seperti Facebook dan pelayar Google serta storan awan Dropbox.

Ia bukan sahaja boleh diakses menggunakan kata laluan malah, pengimbas cap jari di papan kekunci juga mendapat integrasi Universal Authentication Framework (UAF) dan Universal 2nd Factor (U2F). Dengan integrasi FIDO, laman sesawang kini sukar untuk ditembus oleh kerana ia dilindungi kunci keselamatan terus dari perkasasan dalaman komputer.

Dengan adanya teknologi sebegini, pengguna kini tidak lagi perlu risau dan khuatir menjalankan urusan atas talian malah data peribadi juga turut dilindungi tanpa rentanan.

Intel Online Connect boleh dimuat turun dari laman sesawang melalui Lenovo System Update dan Lenovo App Explorer di semua laptop Gen-7 dan Gen-8 yang memiliki Intel SGX.

You might also like