
Rekaan dok dengan bar lut sinar pada bahagian bawah antaramuka iOS sememangnya kelihatan kurang menarik kerana ia sedikit mencacatkan penampilan antaramuka iPhone anda. Jadi kini tanpa perlu menjalankan proses Jailbreak, anda sebenarnya boleh menghilangkan bar lut sinar dengan sangat mudah melalui bantuan imej latar yang dikenali sebagai ‘Magic Dock’. Ingin tahu bagaimana caranya, ikuti tip yang akan dikongsi seperti berikut…
| Sokongan Versi iOS | Sokongan Peranti iOS |
|
PERHATIAN!!!
Pastikan fungsi ‘Reduce Transparency’ dimatikan (OFF)
- Langkah 1 > Buka aplikasi pelayar Safari pada peranti iOS anda dan taip URL berikut : heyeased.weebly.com/magic-dock.html
- Langkah 2 > Tatal paparan skrin ke bawah dan pilih imej latar yang menjadi pilihan anda berdasarkan senarai yang ada.
- Langkah 3 > Klik pada imej yang digemari, dan seterusnya klik pada ikon seperti yang ditandakan pada gambar.
- Langkah 4 > Seterusnya klik pada menu Save Image.
- Langkah 5 > Kembali semula ke paparan homescreen dan klik ikon Settings dan diikuti dengan menu Wallpaper.
- Langkah 6 > Klik pada menu Choose a New Wallpaper dan pilih folder yang menyimpan imej latar yang telah dimuat turun sebelum ini.
- Langkah 7 > Pastikan anda mengecilkan imej tersebut dengan menggunakan kaedah pinch (zoom out), klik pada menu Still dan klik butang Set.

- Langkah 8 > Kini anda boleh melihat tiada lagi bar dok lut sinar pada peranti iOS anda.




