
Anda kini lebih mudah mendapatkan produk rasmi OnePlus secara atas talian oleh kerana hari ini Brightstar Malaysia dan RedClick Online bekerjasama mengumumkan OnePlus Authorised Shop. Kedai atas talian ini boleh dikunjungi dengan melayari laman e-dagang Shopee.

Apa yang diperkenalkan ini dijangka akan memudahkan anda untuk memiliki peranti dan aksesori OnePlus dengan lebih selamat serta tulen. Sebelum ini, Brightstar Malaysia sedia menyediakan peranti OnePlus hanya di laman sesawangnya.
Dengan adanya Shopee, pembeli akan ditawarkan harga barangan yang menarik berbanding gedung atas talian yang lain. Sebagai contoh, Shopee menjual OnePlus 3T pada harga RM1,799 dengan jaminan harga terendah.
Jika pembeli mendapati produk yang sama dijual pada harga yang lebih rendah di mana-mana eGedung selain Shopee, perbezaan harga akan dipulangkan sehingga 120%.

Selain itu, peranti terbaru OnePlus 5 juga ditawarkan dengan versi Midnight Black dengan memori 8GB/128GB pada harga RM2,688, manakala versi Slate Gray 6GB/64GB pula berharga RM2,388. Setiap pembelian OnePlus 5, pembeli akan menerima sarung pelindung (bernilai RM99) dan khidmat penghantaran ke rumah secara percuma.
Jadi, dengan adanya penawaran ini ia akan memudahkan pengguna dan peminat OnePlus di seluruh Malaysia hanya dengan tempahan di hujung jari.
Beli produk OnePlus : OnePlus Authorised Shop

