
Sememangnya menjadi pelanggan prabayar, akses kepada perkhidmatan internet dan panggilan adalah terhad. Ia tidak seperti pengguna yang menggunakan pascabayar.
Mulai hari ini, pelanggan Hotlink boleh menikmati tawaran terbaik HotlinkMU menerusi aplikasi Hotlink Red. Tawaran yang disediakan menawarkan pas penstriman dan sosial serta panggilan.
Yang paling penting, pengguna prabayar Hotlink kini boleh mendapatkan tawaran menarik setiap hari pada nilai yang terbaik.
Cara mudah untuk menikmati HotlinkMU, anda perlu :
- Muat turun aplikasi Hotlink Red dari Play Store atau App Store.
![]()
- Tap Home & Shop untuk menyemak tawaran HotlinkMU harian yang disediakan.
![]()
- Tawaran HotlinkMU akan ditukar setiap hari.
Jadi bagi anda pengguna Hotlink, anda perlu menyemak aplikasi ini setiap hari untuk mendapatkan pas-pas akses pada harga yang berbaloi.



