
Pelakon dan personaliti televisyen yang semakin popular, Hannah Delisha diundang oleh Celcom untuk beramah mesra bersama pelanggan Celcom di Blue Cube Iconic, Sunway Pyramid baru-baru ini.

Sesi beramah mesra ini diadakan bersempena pelancaran telefon pintar Huawei Nova 2i. Hannah Delisha yang menjadi duta jenama Nova telah meluangkan masa selama tiga jam bersama pelanggan yang mengambil peranti yang telah dipesan.
Pelanggan yang terpilih berpeluang untuk berswafoto bersama Nova Superstar tersebut selain masing-masing menerima album gambar ‘flipbook’ bersama Hannah Delisha sebagai kenangan.

Huawei Nova 2i kini boleh dimiliki di Celcom melalui program Celcom EasyPhone dengan komitmen bulanan serendah RM25 untuk 24 bulan. Malah, pelanggan prabayar juga boleh membawa pulang peranti terbaru ini dengan ansuran serendah RM110 setiap bulan.
Anda yang berminat boleh mendapatkannya secara percuma apabila mendaftar pelan pascabayar FIRST Platinum Plus. Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari Celcom Malaysia dan Xpax hari ini.

