
Dianggarkan lebih kurang dua minggu, HUAWEI bakal melepaskan peranti flagship terbaru mereka iaitu siri HUAWEI P30 dalam sebuah acara pelancaran yang dijadualkan berlangsung pada 26 Mac 2019 di Paris.

Bagi menambah keterujaan ramai, HUAWEI hari ini membawakan berita gembira dengan memaklumkan mereka bakal menawarkan HUAWEI backup sebagai salah satu daripada hadiah percuma untuk siri HUAWEI P30.

Sekadar makluman, HUAWEI backup merupakan pemacu cakera keras yang menyokong ruang simpanan sangat besar iaitu mencecah 1TB dengan rekaan kalis air. Peranti ini memiliki berat sebanyak 270g dan menggunakan sokongan tiga output berbeza iaitu 5V2A, 9V2A dan Huawei SuperCharge 5V4.5A.
Sama-sama kita tunggu, apa lagi kejutan yang bakal dibawa oleh HUAWEI akan datang! Untuk maklumat lanjut, layari Facebook rasmi HUAWEI dan kekal bersama eRing untuk info terkini! Adios ~
______________________________________________________________
Artikel Berkaitan :

