[Ura-Ura] : Hasil Gambar Daripada Lensa HUAWEI P30 Pro ‘Bocor’ – Fungsi Zoom Yang Hebat?

HUAWEI bakal melancarkan siri HUAWEI P30 secara rasminya pada 26 Mac 2019 di Paris. Difahamkan, HUAWEI akan melepaskan dua versi untuk model ini iaitu HUAWEI P30 dan HUAWEI P30 Pro.

Baru-baru ini, salah seorang pegawai HUAWEI berkongsi empat keping gambar memaparkan pangkalan 5G berhampiran tapak MWC di Barcelona. Menariknya, hasil gambar tersebut mendapat perhatian netizen.

Ramai membuat spekulasi ia diambil menggunakan lensa P30 Pro selepas meneliti dengan penuh terperinci hasil gambar tersebut. Sample tersebut menunjukkan ia diambil pada jarak fokus yang berbeza.

Selepas diteliti, walaupun gambar tersebut di ambil pada jarak fokus yang sangat jauh namun kualiti gambar yang terhasil berada di tahap sangat terbaik dan tidak pecah mahupun kabur.

Seperti biasa, maklumat tertiris masih lagi ‘rumors’ semata-mata. Untuk ketahui sama ada benar atau tidak, sama-sama kita tunggu kemunculan rasminya kelak. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

[SUMBER] , [SUMBER 1]

___________________________________________________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like