
Gambar Acah Siri Huawei P30 Terdedah! Versi Pro Tampil Rekaan Skrin Melengkung + Empat Kamera Utama?!

Walaupun Huawei telah mengeluarkan peranti pintar boleh-lipat Mate X pada acara MWC 2019, dan berjaya menarik perhatian di seluruh dunia. Namun apa yang dipandang lebih penting adalah kehadiran siri P30 yang bakal diperkenalkan pertengahan tahun ini.
[ MWC 2019: HUAWEI Mate X Dilancarkan, Peranti 5G Boleh Lipat Terpantas Di Dunia ]
Baru-baru ini Roland Quandt telah berkongsi gambar acah siri P30 di Twitter, melalui gambar versi Pro jelas menunjukkan ia hadir dengan rekaan skrin melengkung dan mempunyai empat kamera utama di panel belakang.

Huawei P30 Pro. More info & pics (also of the regular P30) here: https://t.co/Xbint0dtxG pic.twitter.com/o6KEkcytoP
— Roland Quandt (@rquandt) February 27, 2019
Huawei P30 – in what I would call something like Ice White… three cams, laser AF, etc. More pics, also of the Pro-model here: https://t.co/Xbint0dtxG pic.twitter.com/6xIf8NcEYF
— Roland Quandt (@rquandt) February 27, 2019
Sebaliknya versi P30 hanya menggunakan skrin biasa, dan mempunyai tri-kamera utama. Siri P30 akan tampil dengan rekaan skrin kecil seperti titisan air, dan dipercayai ia menyokong teknologi pengimbas cap jari dalam skrin kerana panel belakang kemas hanya terdapat kamera sahaja.

Gabungan empat kamera utama pada P30 Pro agak menarik kerana tiga kamera direka menegak di sebelah sisi kiri, sementara kamera keempat diletakkan pada bahagian bawah lampu flash. Menurut sumber, lensa ini adalah lensa ToF yang membolehkan peranti mengimbas dunia secara 3D sama seperti yang digunakan pada Honor View20.
Setakat ini P20 Pro masih menduduki tempat pertama di tanda aras DxOMark, adakah P30 Pro akan membawa kejutan pada kuasa penggambarannya? Kita tunggu pelancaran rasmi pada 26 Mac di Paris ya.
__________________________
Artikel Berkaitan:
- Kamera HUAWEI P30 Pro Dilengkapi Sokongan Zoom Optikal Sehingga 10 Kali?
- Siri HUAWEI P30 Bakal Dilancarkan Pada 26 Mac 2019 Di Paris
- Laporan DxOMark Tahun 2018 – Huawei P20 Pro Tetap Menjadi Raja Penggambaran!
- Reviu Eksklusif: Siri Huawei P20, Telefon Berkamera Paling Pintar Setakat Ini

