
Sebagai salah satu peranti flagship yang paling bagus dilancarkan pada tahun lepas, HUAWEI Mate 20 Pro baru-baru ini juga telah menerima anugerah “Peranti Pintar Terbaik” di MWC 2019 Barcelona. Mate 20 Pro membuktikan pengiktirafan terhadap prestasinya yang berkuasa, serta penyelesaian pengecasan yang inovatif dengan angka jualan yang kukuh dari pasaran tempatan.
[ Tahniah! Huawei Mate 20 Pro Memenangi Anugerah “Peranti Pintar Terbaik” Di MWC 2019 ]
Oleh itu, sebagai tanda penghargaan, HUAWEI ingin memberi ganjaran hebat kepada para pelanggan yang berminat memilikinya! Kini anda boleh membeli Mate 20 Pro 6GB + 128GB pada harga RM2,999 (harga asal RM3,599), tawaran bermula 1 Mac 2019 dan pembelian ini tidak termasuk pengecasan tanpa wayar.
Huawei Mate 20 Pro tampil unik dengan rekaan baru pada bahagian kamera, di mana segi empat sama dalam susunan 2×2 pada panel belakang masing –masing diketuai oleh tiga lensa dan satu LED flash.
Spesifikasi lain termasuk paparan skrin 6.39 inci, cip pemproses Kirin 980, serta ciri-ciri menarik seperti HUAWEI SuperCharge berkelajuan tinggi sehingga 40W, Wireless Reverse Charging, HiVision dan sebagainya.
[ 10 Spesifikasi Padu Siri Huawei Mate 20 Yang Pasti Penuhi Keperluan Pengguna ]
Terdapat dalam tiga pilihan warna iaitu Emerald Green, Twilight dan Black, anda boleh beli melalui semua kedai fizikal HUAWEI, kedai atas talian, pengedar sah, rakan kongsi e-dagang dan telco tempatan.

____________________________
Artikel Berkaitan:
- [ Kongsi Gambar ] Senarai Hasil Gambar Huawei Mate 20 Pro Dari Pemenang Anugerah NEXT-IMAGE
- Zon Perbandingan : Huawei Mate 20 Pro vs Samsung Galaxy Note 9 vs iPhone XS Max
- Perbandingan Spesifikasi Huawei Mate 20, Mate 20 Pro & Mate 20X
- Zon Perbandingan : Samsung Galaxy S10+ / HONOR View20 / HUAWEI Mate 20 Pro / iPhone XS Max

