
Tahniah! Huawei Mate 20 Pro Memenangi Anugerah “Peranti Pintar Terbaik” Di MWC 2019
Dalam acara MWC 2019 tahun ini, Huawei selain menjalin kerjasama dengan Maxis dalam pembangunan rangkaian 5G di pasaran tempatan, pengeluar dari China ini juga berjaya menerima nobat dari MWC 2019 sebagai “Peranti Pintar Terbaik” bagi model Huawei Mate 20 Pro yang dilancarkan Oktober 2018 yang lalu.
[ BACA : 10 Spesifikasi Padu Siri Huawei Mate 20 Yang Pasti Penuhi Keperluan Pengguna ]
Kejayaan ini dicapai berdasarkan beberapa kriteria utama, antaranya prestasi berkuasa, sistem kamera unggul, ketahanan bateri yang lama, penyelesaian pengecasan inovatif dan rekaan menarik.
Mate 20 Pro merupakan peranti yang menyokong cip pemproses 7nm Kirin 980, mempunyai kuasa pengecasan pantas 40W dengan sokongan ciri unik iaitu reverse wireless charging, serta teknologi LEICA yang ada pada kamera peranti ini.
♥ BELI ♥ Huawei Mate 20 Pro I Huawei Mate 20 I Huawei Mate 20X
_______________________________
Artikel Berkaitan:
- [Zon Perbandingan] OPPO R17 Pro / Huawei Mate 20 / Samsung Galaxy A9 (2018)
- Perbandingan Spesifikasi Huawei Mate 20, Mate 20 Pro & Mate 20X
- [Tutorial] 4 Langkah Mudah Pindah Data Daripada Android/iPhone Ke Huawei Mate 20 Melalui Phone Clone!

