Takuk Kecil + Skor Antutu 137976?! Gambar Realme 3 Tertiris Lagi!

889
- Iklan -

Kebelakangan ini Realme 3 menjadi salah satu peranti yang diberi perhatian orang ramai, walaupun sebelum ini terdapat banyak ketirisan dari segi rekaan dan ujian benchmark namun kini telah mendapat pengesahan dari Realme, di mana peranti  ini akan dijana dengan cip pemproses MediaTek Helio P70.

[ Baca: Realme 3 Sedia Muncul?! – Dilengkapi MediaTek Helio P70 + Dwi Kamera Utama ]

Terkini pengguna Twitter bernama @ishanagarwal24 telah berkongsi gambar Realme 3 ke akaunnya, melalui gambar peranti ini memilki rekaan takuk kecil seperti Realme 2 Pro dan mempunyai panel belakang berkualiti metalik.

Selain reka bentuk tertiris, ujian Antutu juga menampilkan Realme 3 mencapai skor 137976 di bawah sistem operasi Android 9.0 Pie. Keupayaan MediaTek Helio P70 dilihat lebih berkuasa berbanding Snapdragon 660 yang dibekalkan pada Realme 2 Pro.

[ Baca: Model RMX1833 Dengan Sokongan Helio P60 Muncul Di Geekbench, Adakah Realme 3?! ]

Bilakah peranti ini akan diumumkan? Menurut sumber, Realme 3 dijangka rasmi pada Mac 2019 nanti.

[ SUMBER ]

_______________________________

Artikel Berkaitan: