[Ura-Ura] : Lensa Periskop Pada HUAWEI P40 Pro Sokong Keupayaan 10X Zoom Optik?

Tahun 2020 bakal menjadi tahun yang menarik apabila para pengeluar peranti pintar bersaing sesama sendiri berusaha memberi terbaik buat pengguna. HUAWEI juga tidak ketinggalan apabila bakal muncul dengan satu lagi pewaris baru iaitu Siri HUAWEI P40.

Menariknya, terdapat penganalisis mendedahkan HUAWEI P40 bakal menggunakan lensa telefoto dengan lensa 8MP yang direka bersama aperture f/4.0 – sekaligus menjadikan HUAWEI P40 Pro merupakan peranti pertama dilengkapi sokongan zoom optik sehingga 10X.

Kanta ini dikatakan menggunakan prisma dan dua struktur cermin sebagai peningkatan utama dalam spesifikasi zum optik. Sebagai perbandingan, HUAWEI P30 Pro hanya menyokong lensa prisma sahaja tetapi HUAWEI P40 Pro pula menggunakan 2 cermin bersama bidang pandangan lebih panjang untuk mencapai 10X zoom optik.

Tidak ketinggalan, diperkatakan juga bahawa HUAWEI bakal menggunakan lensa periscope dengan sokongan zoom optik sehingga 5X pada sejumlah peranti mereka yang lain termasuk HUAWEI P40. Adakah ia benar? Sama-sam kita tunggu!

You might also like