
Digi melancarkan satu platform crowdsourcing yang mensasarkan untuk membantu para minda kreatif tempatan bagi memeriahkan lagi industri media di negara ini. Melalui platform Kreative Krew anda dijemput menghantar idea berdasarkan tugasan yang disediakan, ganjaran pula akan diberikan berdasarkan tahap tugasan yang disertai.

Seisapa sahaja boleh mendaftar dan menyertai platform ini, anda boleh memilih tugasan yang diminati, hantar hasil karya anda dan berpeluang menikmati ganjaran yang disediakan. Jika anda seorang yang kreatif, namun masih mencari-cari saluran yang baik buat anda mengembangkan bakat anda, sila cuba platform Kreative Krew!