[ Ura-Ura] : HUAWEI Nova 5i Muncul Di Geekbench – Sokong Cip Kirin 710?

1229
- Iklan -

Ekoran daripada pelbagai ketirisan maklumat mengenai HUAWEI Nova 5 sebelum ini, ia memberi gambaran syarikat gergasi tersebut kini dalam persediaan untuk muncul dengan pewaris baru.

Terkini, muncul pula berita ketirisan mengenai HUAWEI Nova 5i berlegar di media sosial. Memetik sumber, HUAWEI Nova 5i telah disahkan oleh NCC Taiwan dengan 4GB RAM dan penyimpanan 128GB. Peranti ini juga dijangka menyertakan slot microSD boleh dikembang hingga 512GB.

[Ura-Ura] : Gambaran Awal HUAWEI Nova 5

[BACA : [TERTIRIS] : Gambaran Awal HUAWEI Nova 5 Tersebar Di Media Sosial – Sokong Tiga Kamera Utama? ]

Selain itu, peranti ini juga dikatakan kini muncul di platform penanda aras Geekbench. HUAWEI Nova 5i muncul dengan kod nama HUAWEI GLK-LX3. Geekbench turut mendedahkan HUAWEI Nova 5i dijangka menggunakan cip Kirin 710. Sumber berkata lagi, dokumen FCC mendedahkan HUAWEI Nova 5i bakal menyertakan barteri 3,900 mAh bersama pengecasan 10W.

Pun begitu, maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum diketahui kesahihannya. Sama-sama kita tunggu kemunculan tuan empunya badan sendiri kelak. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

[SUMBER]