Dapatkan Rebat Tunai Krismas bagi Pengguna Touch N Go!!!

Memeriahkan lagi sambutan akhir tahun, Touch ‘n Go eWallet bekerjasama dengan dua jenama kesukaan ramai, LAZADA dan Tealive melalui kempen Your X’Mas Surprise! yang menawarkan pelbagai ganjaran #LebihBanyakEkstra untuk para pengguna serta kerluarga.  Dari sekarang sehingga Krismas, diskaun RM3 ditawarkan bagi pembelian barangan melalui aplikasi LAZADA atau fungsi LAZADA yang sedia ada di aplikasi Touch ‘n Go eWallet.  Pengguna hanya perlu berbelanja minima RM15 dalam satu transaksi untuk layak mendapatkan baucar diskaun RM3 yang boleh ditebus di sini

Bagi penggemar boba Tealive pula, Touch ‘n Go eWallet mengganjari dengan  pulangan tunai RM3 bagi perbelanjaan minimum RM10 di dalam satu resit. Tawaran ini tersedia sehingga 31 Disember 2020 di kedai-kedai Tealive yang terlibat.  Nilai pulangan tunai yang dikumpul ini bolehlah digunakan untuk pembelian dari mana-mana di antara 280,000 rakan niaga Touch ‘n Go eWallet, buat persediaan saat akhir sambutan Krismas. 

Pergerakan bagi aktiviti berbelanja musim Krismas untuk penduduk Lembah Klang kini lebih mudah dengan adanya liputan pembayaran parkir tanpa tunai melalui Touch ‘n Go eWallet yang tersedia di kawasan di bawah penyeliaan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA, di samping kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sedia ada sebelum ini.  Penambahan dua kawasan ini adalah berikutan kerjasama dengan Smart Selangor Parking dan Flexi Parking.  Sebagai eWallet pertama yang menawarkan fungsi ini, pengguna kini dapat mengatasi masalah ketiadaan wang kecil untuk pembayaran parkir bermeter dan boleh meneruskan aktiviti harian mereka secara bebas dan tenang.

Buat para rakan niaga Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) pula, Touch ‘n Go eWallet telah memperkenalkan Merchant Dashboard bagi kemudahan dan mempersiapkan mereka untuk menghadapi peningkatan transaksi dari pembelian musim Krimas dan persediaan tahun baru. Fungsi yang berintegrasi secara menyeluruh ini membantu mereka menguruskan perniagaan dengan telefon bimbit dan apa yang hanya perlu dilakukan adalah mendaftar untuk fungsi ini melalui ikon Merchant di dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet.  Para peniaga kini dapat mengurus segala transaksi musim perayaan melalui paparan ini, di mana ia menyediakan penyelesaian yang efektif supaya perniagaan mereka menjadi lebih lancar dan dapat memantau urusan jual beli dengan mudah.

Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai promosi terbaru kami, sila layari: 

Aplikasi Touch ‘n Go eWallet boleh dimuat turun di Apple App Store , Google Play Store dan Huawei App Gallery. 

You might also like