
VeChain Foundation Umum Kerjasama dengan Hab Inovasi Rantaian Blok, Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Mempercepat Penyelidikan Tadbir Urus Rantaian Blok
![]() |
SINGAPURA, 21 Disember 2020 /PRNewswire/ — Sejak pelancaran pertamanya pada Januari 2018, program geran penyelidikan inovatif global VeChain iaitu VeResearch telah menjadi salah satu penggerak utama di sebalik kemajuan kami dalam teknologi yang berkaitan dengan rantaian blok, bekerjasama dan bersama-sama membangunkan penyelesaian dengan badan penyelidikan terkemuka global untuk peningkatan VeChainThor serta kemajuan seluruh industri rantaian blok.
Dengan matlamat untuk mengintegrasikan rantaian blok ke dalam semua jenis kaedah menjalankan perniagaan yang baharu di seluruh dunia, VeChain Foundation dengan bangganya mengumumkan bahawa Hab Inovasi Rantaian Blok, Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT) telah menyertai program VeResearch untuk menangani isu-isu seperti tadbir urus dan rintangan teknologi lain yang dihadapi oleh industri ini.
VeChain & Hab Inovasi Rantaian Blok RMIT: Sebuah Kerjasama Bertaraf Dunia
Hab Inovasi Rantaian Blok RMIT ialah pusat penyelidikan yang pertama di dunia yang menumpukan pada aspek sains sosial rantaian blok dan menyatukan pasukan pakar ekonomi dan para penyelidik sains sosial bertaraf dunia. Badan ini terdiri daripada ramai penyelidik profesional yang memberi tumpuan kepada kemungkinan dan cabaran institusi terhadap penggunaan rantaian blok dalam pelbagai bidang seperti pematuhan, ekonomi dan penjagaan kesihatan.
Bekerjasama rapat dengan ketua VeResearch, Ketua Saintis Dr. Peter Zhou dan Penyelidik Kanan Rantaian Blok VeChain Dr. Zhijie Ren, kumpulan ini berhasrat untuk meningkatkan kajian semasa tentang model tadbir urus rantaian blok dan mempercepatkan penstandardan konsensus tadbir urus rantaian blok.
Usaha kerjasama ini pada permulaannya akan menumpukan pada pembangunan kerangka kerja untuk menilai dan membandingkan sistem tadbir urus rantaian blok awam. Secara khususnya, pasukan ini akan mengembangkan pemahaman teori tentang keseimbangan dan dimensi desentralisasi untuk rantaian blok awam. Berdasarkan pada kerangka kerja, langkah seterusnya untuk kajian ini ialah dengan merancang model tadbir urus untuk memberi insentif yang lebih baik kepada para pemegang taruh bagi menyertai proses tadbir urus ini dan seterusnya menggunakan penyelidikan ini untuk mempromosikan penggunaan rantaian blok secara besar-besaran.
Konsensus Tadbir Urus Rantaian Blok: Kunci Kepada Penggunaan Perusahaan Secara Besar-besaran
Sebagai matlamat jangka panjang penyelidikan, pasukan penyelidik bersama ini akan menyelidik model tadbir urus yang sesuai untuk perusahaan, yang berkaitan dengan masa depan persekitaran kawal selia dan kesediaan perusahaan individu. Kerjasama ini semakin mengukuhkan peranan VeChain sebagai pengarak standard rantaian blok awam dan penyebab kepada peningkatan penggunaan rantaian blok secara besar-besaran bagi kerajaan, perusahaan dan kemudahan penyelidikan pendidikan.
Dr. Peter menekankan bahawa, “Tadbir urus rantaian blok memainkan peranan penting dalam mengembangkan ekosistem rantaian blok yang sihat dan lestari. Kerjasama penyelidikan ini akan merungkai beberapa persoalan yang paling penting dan asas tentang tadbir urus rantaian blok dan menyumbang kepada pertumbuhan jangka panjang ekosistem VeChain serta mencapai matlamat kami untuk penggunaannya secara besar-besaran.”
Dr Chris Berg, Pengarah Bersama Hab Inovasi Rantaian Blok RMIT, mengulas, “Kami teruja dapat bekerjasama dengan VeChain dalam penerokaan dan penyelidikan model tadbir urus untuk rantaian blok awam. Melalui penyelidikan penting ini, kami berharap dapat membangunkan teori umum tentang tadbir urus rantaian blok yang menyumbang kepada ekosistem VeChain dan memberi manfaat kepada komuniti rantaian blok yang lebih luas”.
VeResearch meneruskan misinya untuk membangunkan program geran global yang melibatkan penyelidikan dengan komuniti akademik dan menyumbang dalam merangka tindak balas praktikal tahap tinggi terhadap cabaran industri. Program ini telah bekerjasama dengan pelbagai badan akademik berprofil tinggi seperti Michigan State University, University of Oxford, Dartmouth College, Tsinghua University, dan South China Normal University merangkumi penyelidikan dalam pelbagai bidang seperti konsensus rantaian blok, ekonomi token, ramalan pasaran mata wang kripto, keselamatan kontrak pintar, reka bentuk ekosistem berdasarkan rantaian blok dan banyak lagi.
Tentang Hab Inovasi Rantaian Blok RMIT
Universiti RMIT, yang berpusat di Melbourne, Australia, terkenal dengan penyelidikan terkini yang melibatkan perniagaan dan teknologi. Hab Inovasi Rantaian Blok RMIT ialah pusat penyelidikan pertama di dunia yang menerokai aspek sains sosial dalam rantaian blok
Hab Inovasi Rantaian Blok RMIT merupakan pasukan penyelidik yang terdiri daripada pelbagai disiplin iaitu ekonomi, ekonomi politik, teori organisasi, undang-undang, sosiologi, politik dan komunikasi. Hab ini berusaha mengembangkan pemahaman yang lebih mendalam tentang ekonomi kripto, strategi perniagaan dan penyesuaian terhadap teknologi rantaian blok, merancang ekonomi rantaian blok serta mengenal pasti cabaran polisi awam yang akan menghalang atau mempercepat revolusi ekonomi ini.
Laman Web: www.rmitblockchain.io
Tentang VeChain Foundation
Dilancarkan pada tahun 2015, VeChain Foundation telah gigih berusaha untuk menghubungkan teknologi rantaian blok dengan dunia nyata. Evolusi VeChainThor terus mempercepatkan fasa peralihan daripada platform rangkaian konsortium kepada rantaian blok awam terbaik yang menggunakan konsensus Proof of Authority, menyerlahkan ciri teknikal, struktur tadbir urus dan model ekonomi yang canggih.
Sebagai penggerak ekosistem, misi VeChain adalah untuk memperkasakan para pembangun melalui pembangunan kaedah yang dapat menghilangkan rintangan penggunaan secara sistematik. Melalui pembangunan rangkaian kaedah inovatif seperti urus niaga pelbagai tugas dan penugasan yuran, VeChain telah berjaya mengurangkan halangan kemasukan perniagaan dan pembangun secara ketara.
VeChainThor telah diterapkan dalam pelbagai kegunaan merangkumi Walmart China, Bayer China, BMW Group, BYD Auto, H&M Group, Shanghai Gas, LVMH, D.I.G, ASI Group dan banyak lagi.
Laman Web: www.vechain.org

Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Education Higher Education Joint ventures Blockchain Financial Technology
Source: PRNEWSWIRE


