Nokia 105 Dan Nokia 130 Yang Terbaru – Skrin Kini Lebih Besar

Walaupun peredaran masa semakin hari semakin maju, Nokia tidak lupa akan asal usulnya. Oleh itu, Nokia baru sahaja melancarkan feature phone dengan nafas baru iaitu Nokia 105 dan Nokia 130. Sejak tahun 2013 diperkenalkan, model terbaru ini adalah generasi yang ke-3 menampilkan perubahan pada saiz skrin daripada 1.4 inci kepada 1.8 inci jenis QVGA sekarang.

Nokia 105 hadir dengan memori RAM 4MB dan ROM 4MB serta sistem OS Nokia Series 30+. Bateri yang dimuatkan mendapat kuasa sebanyak 800mAh yang berupaya membuat panggilan sehingga 15 jam. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan bicu 3.5mm audio jack, port mikro USB 2.0 serta radio FM.

Manakala Nokia 130 pula didatangkan dengan RAM 4MB dan storan 8MB lebih besar berbanding Nokia 105, malah slot kad microSD (sehingga 32GB) juga turut disediakan. Tambah pula, bateri berkapasiti 1,020mAh yang dibekalkan dapat memberikan masa mendengar radio sehingga 44 jam dan masa menunggu mencecah 30 hari. Seterusnya, kedua-dua model ini boleh dioperasikan dengan dua SIM yang berbeza.

Nokia 105 ditawarkan dengan warna pilihan hitam, putih dan biru, sementara Nokia 130 ditawarkan dengan warna hitam, putih dan merah. HMD Global masih belum mengumumkan ketersediaannya di pasaran Malaysia.

You might also like