Akhirnya Tarikh Pelancaran Meizu Pro 7 Diumumkan

Selepas beberapa artikel mengenai rekaan unik Meizu Pro 7 dan gambar-gambar bocor yang diperlihat, Meizu akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran telefon pintar tercanggihnya pada 26 Julai depan. Pengesahan ini dibuat melalui satu teaser yang dikeluarkan oleh pihak Meizu, China sendiri.

Kemunculan paparan kedua di bahagian belakang direka khusus bagi menarik perhatian peminat-peminat teknologi seluruh dunia, lantas ini dijadikan satu kunci kepada penjualan mereka kelak. Apa yang menarik tentang skrin paparan kedua ini, ia membolehkan pengguna mengambil gambar swafoto dan bermain permainan mudah alih.


Perkakasan dalamannya pula sudah pasti akan menggunakan cip MediaTek Helio X30, dan ada varian lain yang akan dibekalkan dengan pemproses Samsung Exynos 8895. Perkara ini juga telah disahkan oleh Jurutera Perkakasan Samsung di laman Twitter beliau. Disamping itu, salah seorang media antarabangsa juga ada berkongsi gambar kotak dummy yang dihantar oleh Meizu sebagai jemputan ke majlis pelancaran tersebut.


