
Walaupun jualan murah 12.12 telah berakhir, anda masih berpeluang memenangi percutian untuk dua orang ke Honolulu, Hawaii bernilai lebih RM15,000 dan sebuah iPhone X bernilai RM5,500 sebagai sebahagian daripada hadiah sempena Ulang tahun Shopee yang akan diteruskan sehingga 31 Disember 2017.
Untuk melayakkan diri, anda perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM100 dan membuat pembayaran secara perbankan dalam talian FPX.
Bagi membuat persediaan tahun baru persekolahan tidak lama lagi, Shopee akan melancarkan kempen Kembali ke Sekolah dari 18 hingga 24 Disember 2017, membariskan promosi daripada pelbagai jenis barang kelengkapan persekolahan termasuk alat tulis, buku teks dan aksesori pada harga menarik tidak lebih daripada RM30.
Kedai Rasmi seperti Pilot, Stabilo, Nestle, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kedai Buku Borders turut menyertai kempen ini dengan menawarkan harga eksklusif dan baucar untuk pengguna.

