Spesifikasi Penuh vivo NEX 3 & NEX 3 5G Kini Bocor – Ada Apa Pada Peranti?

vivo kini sibuk dengan persediaan peranti baru keluarannya iaitu vivo NEX 3. Menurut khabar angin, vivo dijangka memperkenalkan sekurang-kurangnya dua model – vivo NEX 3 dan vivo NEX 3 5G. Lebih mengejutkan, spesifikasi penuh kedua-kedua model kini telah bocor – sekaligus memberi gambaran jelas mengenai apa bakal dibawa oleh peranti.

Jika diteliti, kedua-dua model dilihat membawakan spesifkasi yang hampir sama. Namun, apa yang membezakannya adalah sokongan sambungan rangkaian 5G. vivo NEX 3 dan vivo NEX 3 5G membawakan paparan bersaiz 6.89 inci dengan resolusi skrin 2256 x 1080 piksel – ia dijangka menawarkan nisbah skrin ke badan sebanyak 99.6%.

Seterusnya, ia dilengkapi dengan sokongan pengimbas cap jari dalam paparan untuk tujuan keselamatan tambahan. Untuk spesifikasi dalaman, kedua-duanya dikuasakan oleh cip Snapdragon 855+. Namun, untuk vivo NEX 3 5G ia ditambah dengan cip Snapdragon X50 yang membolehkan sambungan 5G pada peranti.

Untuk persediaan tetapan kamera, kedua-duanya dibina dengan sokongan tiga kamera utama – salah satu lensa menyokong sensor 64MP. Bahagian hadapan, kedua-dua peranti menampilkan kamera selfie sebesar 13MP.

Untuk memori, ia membawakan persediaan RAM sehingga 12GB dengan pilihan storan sehingga 512GB. Lebih menarik, vivo masih mengekalkan ‘lubang’ kegemaran ramai – bicu audio 3.5mm dan peranti dikuasakan oleh bateri 4,500 mAh dengan sokongan pantas 44W.

Adakah ia adalah benar? Apa kata anda? Apa-apa pun sama-sama kita tunggu kemunculan rasmi peranti ini. Vivo pastinya mempunyai kejutan istimewa khas buat peminat setia! Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

[SUMBER]

You might also like