
Aksesori pintar yang boleh dipakai semakin popular dalam kehidupan orang ramai, terutamanya jam pintar. Peminat sukan atau pengguna yang ingin merekod data kesihatan pasti akan mempunyai tahap kebergantungan yang tertentu terhadap jam pintar. Walaubagaimanapun, HUAWEI Band 6 yang terbaru ini telah mendapat banyak pujian terhadap skrin sebesar 1.47 incinya. Sudah tentu, jam tangan ini juga mempunyai fungsi-fungsi yang lengkap. Jom menguji peranti ini untuk korang!

Rupa sebenarnya dari segi 360 °
Tali HUAWEI Band 6 diperbuat daripada silikon yang dirawat dengan UV, agak mesra kulit! Beratnya hanya 18g dan memberi pengalaman pememakaian yang ringan dan menyegarkan untuk korang. Jam tangan ini juga dapat tahan kotor.

Terdapat satu butang fizikal sahaja di sebelah kanan keseluruhan jam tangan ini untuk kembali ke halaman utama atau membuka menu fungsi.
Bahagian belakang badan jam tangan ini terdapat sensor untuk mengesan data. Dua sambungan logam terdapat di bahagian atas yang disambungkan ke pengecas. Pengecas khususnya juga akan dimasukkan ke dalam kotak ~
Skrin besar AMOLED 1.47 inci

HUAWEI Band 6 dilengkapi dengan paparan skrin AMOLED FullView 1.47 inci yang mempunyai peningkatan 148% berbanding dengan generasi sebelumnya. Resolusi tinggi 194 × 368 membolehkan pengguna boleh melihat kandungan yang dipaparkan di skrin semasa mengangkat jam pintar pada bila-bila masa.
Skrin menyokong kawalan sentuh empat arah – ke atas, bawah, kiri dan kanan. Pengguna boleh melihat semua kandungan secara bebas. Pada masa yang sama, tekan skrin dengan lama untuk menukar antara muka jam tangan yang berbeza secara langsung. Sudah tentu, pengguna juga boleh menggunakan Watch Face dalam aplikasi “HUAWEI Health” supaya korang boleh muat turun atau beli reka bentuk antara muka dengan pilihan yang berbeza. Korang juga dapat memilih mod Galeri untuk memilih foto kegemaran dari album telefon sebagai kertas dinding untuk mendapat pengalaman memakai jam tangan yang khas direka untuk korang.
Rekod Data Latihan & Kesihatan

HUAWEI Band 6 menyediakan 96 mod latihan, dan juga dapat rekodkan degupan jantung, penggunaan kalori dan data lain untuk memastikan korang melakukan latihan dalam keadaan yang paling sesuai dan selamat, serta merakamkan laluan latihan. Korang dapat melihat data latihan secara langsung di jam tangan, atau beralih ke aplikasi “HUAWEI Health” untuk menganalisis data dengan grafik yang mudah difahami.
Selain memberi penjejakan mod latihan asas, HUAWEI Band 6 juga serius terhadap pelbagai data kesihatan. Korang dapat melihat degupan jantung, ketepuan oksigen darah SpO2, tekanan dan kualiti tidur dengan mudah selama sepanjangan korang memakai jam tangan ini. HUAWEI Band 6 ini menggunakan teknologi pemantauan TruSeen 4.0 untuk memantau denyutan jantung dengan tepat selama 24 jam sehari. Sekiranya degupan jantung terlalu tinggi atau terlalu rendah, atau ketepuan oksigen darah turun terlalu rendah, jam tangan ini akan bergetar untuk mengingatkan korang untuk menstabilkan penafasan.

Jika korang memakai jam tangan ini semasa korang tidur, jam tangan ini boleh menggunakan teknologi pengesanan tidur TruSleep 2.0 untuk mengesan masa korang terjaga atau berada dalam 4 keadaan tidur yang berbeza termasuk tidur nyenyak, tidur ringan, pergerakan mata dan tidur siang. Kadar ketepatannya telah meningkat sebanyak 96.3%, dan memberi pelbagai cadangan untuk meningkatkan keadaan tidur korang.
Jika korang selalu berada di bawah tekanan dan tidak menyedarinya, korang akan mendapati tekanan korang melalui pemakaian HUAWEI Band 6. Jam tangan ini akan membantu korang memantau indeks tekanan korang. Gelang ini boleh memantau tekanan korang menggunakan TruRelax yang terbina dalam untuk menjejak indeks tekanan korang sepanjang masa. Apabila tekanan korang terlalu tinggi, panduan latihan pernafasan yang terbina dalam boleh digunakan untuk memulihkan mood dan meningkatkan tumpuan.

Untuk pengguna wanita, penjejakan kitaran haid amat diperlukan. HUAWEI Band 6 menyediakan kalendar kitaran haid. Pengguna boleh merakam tarikh haid dan keadaan fizikal dalam tempoh ini. Fungsi ini boleh dikatakan sangat intim bagi pengguna wanita.
Pembantu peribadi di pergelangan tangan korang
HUAWEI Band 6 bukan sahaja merekod status kesihatan dan senaman korang sepanjang masa, tetapi juga mempunyai beberapa fungsi kecil untuk sambung dengan telefon bimbit korang. Sebagai contoh, melihat pemberitahuan dan panggilan masuk secara langsung, kemas kini info cuaca, kawalkan muzik yang korang dengar, dan bertindak sebagai butang untuk mengambil gambar. Korang juga boleh menggunakannya sebagai lampu suluh apabila perlu digunakan~
Hayat bateri selama 2 minggu

HUAWEI Band 6 menyokong hayat bateri selama 2 minggu. Menurut pernyataan rasmi, jam tangan ini juga dapat memberi jangka hayat bateri selama 10 hari jika korang selalu menggunakannya untuk menjalankan senaman. Sebenarnya, admin menggunakannya selama kira-kira seminggu. Dalam tempoh ini, admin memakai jam tangan ini untuk berjalan, tidur, memantau degupan jantung dan tekanan, serta ketepuan oksigen darah sepanjang masa. Pada masa yang sama, admin juga menggunakannya untuk menerima pemberitahuan dari telefon bimbit. Tahap bateri jam tangan ini hanya habis separuh sahaja pada hari ke-7, baterinya boleh tahan!
Di samping itu, pengecas magnetik yang disediakan di dalam kotak dapat mewujudkan pengecasan pantas untuk HUAWEI Band 6. Admin mendapat bahawa jam tangan ini dapat diisi penuh dari 65% bateri dalam masa kurang daripada satu jam, dan prestasi pengecasan pantasnya agak baik ~
Apa Kata Editor!

Penampilan HUAWEI Band 6 sangat mirip dengan WatchFit. Jam tangan ini mempunyai pelbagai fungsi jam tangan pintar, dan ada fungsi tertentu yang jam pintar lain tak ada. Korang juga boleh memikirkannya sebagai versi Watch Fit yang berpatutan! Antara fungsi-fungsinya, admin rasa yang paling istimewa ialah jam tangan ini mempunyai fungsi pengesanan kitaran haid bagi pengguna wanita, memang pembantu yang baik untuk pengguna wanita yang sibuk!
Harga HUAWEI Band 6 ialah RM219. Korang yang berminat boleh lawati ke HUAWEI Store Online atau HUAWEI official store di Shopee untuk membelinya. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai jam tangan tersebut, sila lawati laman web rasmi HUAWEI.

