
Kebelakangan ini semua petugas media sibuk membuat liputan secara langsung dan juga liputan semasa berkenaan perkembangan keadaan politik negara di Istana Negara, sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang gigih bertugas, Istana Negara juga telah mengagihkan KFC, McDonalds dan Milo kepada mereka.
Selain makanan penting untuk menahan kelaparan, kuasa ketahanan peranti pintar juga sangat penting untuk mengemaskini perkembangan terkini. Xiaomi Malaysia amat mengambil berat isu semasa ini, mereka telah menghadiri ke Istana Negara bagi mengagihkan PowerBank 20000mAh secara percuma kepada petugas media.
PowerBank yang diberikan juga tampil sekali dengan mesej “You cover the news, we got you covered!”. Well done Xiaomi Malaysia…