
Masih ingat dengan handphone keluaran Nokia bajet yang sememangnya terbukti tahan lasak? Terkini, LEAGOO juga telah memperkenalkan smartphone bajet yang diberi nama LEAGOO Z1 yang merupakan peranti tahan lasak dengan tawaran harga hanya RM179.
Walaupun menawarkan harga yang agak murah berbanding smartphone yang ada di pasaran hari ini, LEAGOO Z1 masih menyediakan pelbagai fungsi menarik. Peranti ini tampil dengan paparan skrin berukuran 4.0 inci dengan kepadatan piksel mencapai 235ppi.
Untuk prestasinya pula, LEAGOO Z1 telah dikuasakan bersama MTK6580M serta tidak ketinggalan menyokong penggambaran utama 8 Megapiksel dengan bantuan dual LED flash serta kamera hadapan beresolusi 3 Megapiksel. Malah kehadiran bateri berkapasiti 1400mAh ini boleh digunakan selama 15 jam dengan adanya mod Ultra Power Saving Mode.
LEAGOO Z1 hadir dengan pilihan empat warna menggoda yang terdiri daripada Titanium Grey, Galaxy White, Champagne Gold serta Rose Gold.