HUAWEI MeeTime After Sales Official Hotline Kini Beroperasi!!!

HUAWEI baru sahaja melancarkan HUAWEI MeeTime After Sales Official Hotline sekiranya anda mengalami sebarang masalah ketika menggunakan peranti baharu siri HUAWEI P40. Hotline tersebut akan mula beroperasi bermula hari ini dan akan tersedia bagi peranti siri HUAWEI P40.

Buat yang tidak mengetahui, HUAWEI MeeTime After Sales Official Hotline menggunakan panggilan video dengan menggunakan fungsi screen-sharing bagi menjawab segala soalan mengenai peranti terbaru siri HUAWEI P40 dengan pantas, jelas dan sangat mudah.

Apa yang anda perlu lakukan adalah melakukan temu janji dengan wakil UAWEI’s friendly After Sales Customer Service yang akan menyelesaikan isu berkenaan peranti ini menggunakan 3 langkah mudah ini:

Langkah 1: Kena melakukan tetapan peranti HUAWEI P40 anda, pilih negara anda dan masukkan HUAWEI ID. MeeTime akan tersedia secara automatik.

Langkah 2: Hantar mesej ingin melakukan temu janji kepada HUAWEI Whatsapp Hotline di talian +06012 685 5652

Langkah 3: HUAWEI MeeTime After Sales Official Hotline akan menghubungi anda pada waktu temu janji anda bagi menyelesaikan masalah anda..

You might also like