Kakitangan Samsung Berjalan Sejauh 2.5 Km Demi “Earth Hour 2018”

“Earth Hour” merupakan hari dimana umat manusia diminta memadamkan lampu dan bergelap seketika selama satu jam. Diperkenalkan oleh Tabung Alam Sedunia (WWF) pada tahun 2007, Earth Hour telah dimulakan di bandar Sydney, Australia. Selepas mendapat sambutan yang baik daripada kalangan penduduk sedunia, kini ia disambut di 187 negara dan lebih 7,000 bandar.

Selaku jenama telefon pintar terkemuka di Malaysia, Samsung Malaysia Electronics (SME) semalam telah menyambut hari Earth Hour 2018 di Kuala Lumpur. Bagi menunjukkan sokongan dalam menjayakan hari Earth Hour, seramai 170 kakitangan Samsung telah mengadakan Night Walk sejauh 2.5 kilometer bermula di Petaling Jaya dan berakhir di Sunway Giza Mall, Kota Damansara.

Tujuan Samsung menyertai acara yang dianjurkan WWF ialah untuk memberi sokongan padu dalam memelihara bumi dan menggalakkan perkembangan sosial dan komuniti yang mampan untuk mewujudkan dunia lebih baik. Selain itu, ia dapat meningkatkan kesedaran alam sekitar terhadap perubahan iklim dan kehilangan biodiversiti yang mengejut.

Untuk pengetahuan umum, Earth Hour disambut pada 24 Mac setiap tahun dan ia memerlukan penduduk seluruh dunia memadamkan lampu bermula pada pukul 8.30 mlm hingga 9.30 mlm.

You might also like