
Xiaomi Mi 9T Muncul Sebagai Versi Global Untuk Redmi K20 – Sokong Snapdragon 730 + Kamera Utama 48MP
Teka teki kini terjawab apabila Xiaomi Mi 9T telah diperkenalkan secara rasmi untuk pasaran eropah dalam sebuah acara berlangsung di Sepanyol. Xiaomi Mi 9T dilihat muncul dengan membawakan spesifikasi yang sama seperti Redmi K20.
Xiaomi Mi 9T membawakan skrin 6.39″ AMOLED FHD+ (1080 x 2340) bersama penggunaan kamera “sorok”. Enjin peranti menggunakan pemproses Snapdragon 730 (2.2GHz) dan didatangkan dalam dua varian memori : 6GB RAM + 64GB ROM & 6GB RAM + 128GB ROM.
Untuk kamera, Xiaomi Mi 9T mempunyai ketersediaan tiga kamera utama dengan lensa 48MP + 13MP (ultra-lebar) + 8MP (telefoto). Kamera hadapan adalah sebesar 20MP. Selain itu, kamera utama menawarkan 2x zoom optik dan mampu merakam video 4K pada 30fps.
Melengkapinya, bateri 4,000 mAh (melalui USB-C) bersama pengecasan pantas 18W. Bagi memberikan lebih pilhan kepada pengguna, peranti ini didatangkan dalam 3 warna menarik iaitu Gracier Blue, Red Flame dan Carbon Black.
Pihak Xiaomi memaklumkan Xiaomi Mi 9T bakal tiba di Malaysia pada 20 Jun 2019. Sama-sama kita tunggu penawaran harga untuk pasaran tempatan dan kekal bersama eRing untuk lebih update terkini!