
HP Malaysia hari ini muncul dengan produk baru untuk pasaran Malaysia iaitu HP Spectre Folio dan HP Tango X. Direka khas dengan gabungan teknologi dan seni halus, kemunculan barisan produk baru ini pasti menjanjikan pengalaman yang menakjubkan kepada pengguna.

HP Spectre Folio
Diilhamkan dariada pakar yang menggabungkan keselesaan dan gaya. HP Spectre Folio diperbuat daripada kulit tulen krom tahan lama dan case yang fleksible – membolehkannya bertukar kedudukan daripada komputer riba kepada tablet.

- Paparan : 13.3″ FHD IPS micro-edge WLED + Corning Gorilla Glass 4
- Sistem Operasi : Windows 10
- Pemproses : Intel Core™ i7-8500Y (1.5 GHz) / Intel Core™ i5-8200Y (1.3 GHz) + Intel Turbo Boost Technology 8
- Grafik : Intel UHD Graphics 615
- Memori : Sehingga 16 GB
- Storan : Sehingga 2TB
- Dimensi : 320.1 x 234.5 x 15.4mm
- Berat : 1.47 kg


HP Tango X
HP Tango X merupakan mesin cetak pintar – membolehkan pengguna menyambung dan mencetak menerusi pemasangan Wi-Fi secara terus daripada peranti pintar atau tablet. Selain itu, pengguna juga boleh berkongsi foto daripada mesin HP Tango X ke mana-mana platform.

- Memori : 256 MB DDR3
- Dimensi : 389 x 246 x 91mm
- Berat : 3.4 kg


Dalam pada itu, pada majlis yang sama pihak HP turut tidak ketinggalan memperkenalkan sejumlah produk lain seperti HP Envy x360, HP Envy 13, HP OMEN 15, HP Pavilion Gaming, HP Pavilion x 360 dan siri HP OfficeJet / OfficeJet Pro 8000 and 9000 All – in – One.
Bagi yang berminat, produk tersenarai kini tersedia di Malaysia dan boleh didapati menerusi beberapa saluran berbeza seperti HP Online Store, Harvey Norman dan Lazada. Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut :
| MODEL | HARGA |
| HP Spectre Folio (Cognac Brown) | RM 7,999 |
| HP Tango X | RM 799 |
| HP Envy 13 | RM 4,099 |
| HP Envy x360 | RM 3,649 |
| HP OMEN 15 | RM 6,399 |
| HP Pavilion Gaming | RM 2,979 |
| HP Pavilion x360 | RM 2,499 |
| HP OfficeJet Pro 8020 | RM 623 |
| HP OfficeJet Pro 9010 | RM 832 |
| HP OfficeJet Pro 9 020 | RM 1,250 |

