

Kepada peminat dan pengguna telefon pintar Huawei nova 3 dan nova 3i, anda berpeluang menguji EMUI 9.0 yang direka dengan rekaan yang ringkas dan kemas.
Penambahbaikkan baharu ini membuka potensi AI dan kualiti kehidupan yang mana memberikan pengalaman sepenuhnya bersama alam semula jadi. Ia menyediakan peningkatan kelajuan sistem, keupayaan AI yang lebih baik dan banyak lagi.
Pengambilan pengguna untuk ujian beta kini tersedia bagi pengguna Nova 3 dan 3i. Cara untuk menyertainya amat mudah dengan mengikut langkah-langkah ini.
1. Klik pada pautan ini, EMUIBetaTesting. (Siapa cepat dia dapat)
2. Muat turun dan log masuk.
3. Sertai projek ini ketika ia tersedia.
4. Nantikan ujian beta yang akan dilancarkan pada 5 Disember 2018.

Untuk maklumat, EMUI 9.0 telah diperkenalkan ketika pelancaran HUAWEI Mate 20 series yang mana ia direka untuk mengoptimumkan arahan operasi asas secara berterusan dan efisen melalui teknologi ramalan AI.
Selain itu, EMUI 9.0 turut didatangkan dengan ciri-ciri yang membantu pengguna mengamalkan gaya hidup yang sihat termasuklah HiVision, AI e-commerce, Huawei Share, phone clone, new user interface dan banyak lagi.
EMUI 9.0 mungkin berlainan bagi setiap negara. Untuk maklumat lanjut, bagi EMUI 9.0 anda bolehlah melayari laman sesawang dengan Klik Disini . Anda juga boleh melayari laman sesawang HUAWEI atau Facebook HUAWEI.
Baca juga:
- 9 Peranti Huawei & Honor Menerima Kemaskini EMUI 9.0 Mulai 10 November
- Reviu Eksklusif: Anda Pasti ‘TERUJA’ Bila Miliki Huawei MateBook X Pro, Kenapa?! Di Sini…
- Cetak Gambar Swafoto Anda Sebesar Poster Dengan Siri Huawei nova 3?!
- Bagaimana Siri Huawei Nova 3 Mengubah Hidup Anda Dengan Teknologi AI?
- Eksklusif Pengguna Siri Huawei nova 3 Sahaja! Pelekat GIF Baharu Edisi Hannah Delisha
- Huawei Umum Harga Diskaun Nova 3 & Nova 3i – Bermula RM 1,099
- Huawei Nova 3i Edisi Pearl White Kini Boleh Didapati Pada Harga RM1,299

