
Maybank dengan kerjasama dari Visa telah memperkenalkan sistem bayaran yang baru di Malaysia. Sistem baru ini menggunakan gelang tangan yang dikenali sebagai Maybank Visa Payband yang boleh digunakan pada lebih 1000 kedai di seluruh Malaysia yang menawarkan bayaran . Langkah pengenalan ini diambil sejajar dengan tren masa kini yang melihat pelbagai fungsi kepenggunaan diintegrasikan bersama peranti wearable yang jelas memudahkan pengguna.