
Berita baik buat peminat di Malaysia! Siri HUAWEI Mate 30 kini telah tiba di Malaysia dan dijual pada harga bermula dari RM2,799! Nikmati hadiah eksklusif bernilai RM1,155 sempena Eksklusif Ownership Campaign khas pengguna siri Mate yang membuat pra-tempahan mulai 3 Oktober – 22 Oktober 2019.
Siri Mate 30 tampil dengan spesifikasi yang mengawan membuatkan anda tidak senang duduk untuk memilikinya.
HUAWEI Mate 30
Hadir dengan skrin 6.62″ FHD+ Rigid OLED dan tampil dengan HUAWEI Horizon Display, ia turut disertakan dengan EMUI 10. Tampil dengan spesifikasi dalaman yang sangat berkuasa iaitu cip pemproses Kirin 990 dan memori 8GB RAM + 128GB ROM membuatkan penggunaannya sangat lancar.
Kamera adalah salah satu fokus utama pada siri Mate 30, lensa menakjub ini menyokong 40MP + 16MP + 8MP bagi kamera belakang membuatkan hasil gambar tampak sangat cantik. Kamera hadapan turut tidak mengecewakan apabila ia tampil dengan 24MP + ToF.
Bateri pun tidak mengecewakan, kapasiti 4,200mAh disertakan dengan 40W HUAWEI Super Charge, serta 27W Wireless HUAWEI Super Charge dan teknologi Reverse Wireless Charging.

HUAWEI Mate 30 Pro
Bagi Mate 30 Pro pula, ia hadir dengan skrin 6.53″ Flex Oled FHD+ dan juga tampil dengan HUAWEI Horizon Display. Peranti flagship ini dilengkapi dengan EMUI 10 di bawah sokongan cip pemproses Kirin 990.
Prestasi dalam berkuasa tinggi dipadankan dengan 8GB RAM dan 256GB ROM, bateri berkapasiti 4,500mAh yang mendapat sokongan pengecasan pantas 40W HUAWEI Super Charge, 27W wireless HUAWEI Super Charge serta teknologi Reverse Wireless Charging.
Kamera lagi pro seperti namanya, dibekalkan 40MP + 40MP + 8MP + 3D Depth Sensing pada panel belakang berbentuk bulatan, manakala 32MP + ToF bagi kamera hadapan.
Siri Mate 30 tersedia dalam 2 pilihan warna, iaitu Space Silver dan Black. Anda boleh beli pada harga:
Pra-tempahan siri HUAWEI Mate 30 menawarkan hadiah eksklusif bernilai RM1155 termasuk lah HUAWEI Wireless In-car Supercharge charger (bernilai RM289), DJI Osmo Mobile 3 (bernilai RM499), HUAWEI back casing (bernilai RM68) dan HUAWEI Care (bernilai RM299) yang menyediakan 1 tahun waranti tambahan, sempena Eksklusif Ownership Campaign khas pengguna siri Mate.
___________________
BACA JUGA:
- 30 Perkara Menarik Pada Siri HUAWEI Mate 30 – Korang Suka Yang Mana?
- 10 Teknologi Canggih Masa Depan Pada HUAWEI Mate 30 Pro Pasti Buat Korang Terdiam!

