Kedai Konsep GoPro Yang Pertama Di Malaysia Kini Dibuka

Majlis perasmian sempena pembukaan kedai konsep GoPro yang pertama di negara ini.

Pengimport dan juga pengedar eksklusif peralatan GoPro dari Amerika Syarikat iaitu FunSportz Sdn Bhd, telah mengumumkan pembukaan kedai konsep GoPro yang pertama di negara ini melalui kolaborasi bersama penjual sah Fotokem Sdn Bhd. Kedai yang terletak di pusat membeli-belah Sunway Pyramid ini bukan sahaja menjual pelbagai jenis kamera dan juga aksesori dari GoPro, tetapi ia turut menawarkan zon pengalaman interaktif kepada pembeli.

Pelbagai aksesori GoPro kini boleh dimiliki dengan mudah.

Menurut Khoo Boo Hian selaku Pengarah Urusan FunSportz Sdn Bhd, pembukaan kedai konsep GoPro yang pertama seumpamanya di Malaysia telah menjadi tanda aras untuk jenama itu dan juga FunSportz di negara ini.

Sehubungan dengan majlis pelancaran pembukaan kedai konsep ini, pembeli juga boleh menikmati promosi menarik sempena musim perayaan dengan memiliki GoPro HERO5 Black pada harga RM1,369 (diskaun RM610) dan hanya RM949 untuk model GoPro HERO5 Session (diskaun RM550). Promosi ini akan berakhir pada 31 Disember 2017 ini.

Pembeli pertama yang membeli GoPro HERO5 Black sempena hari pertama pembukaan kedai konsep ini sememangnya bertuah kerana turut menerima GoPro HERO6 Black secara percuma.

Kedai konsep GoPro boleh dikunjungi di LG 2.63, Lower Ground, Sunway Pyramid, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor.

You might also like