
Pasti ramai yang menantikan OnePlus 3 untuk sampai ke Malaysia pada 9 Ogos yang lalu, namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan model flagship dari syarikat OnePlus itu mengalami sedikit kelewatan.
Brightstar Malaysia melakukan pengumuman melalui laman Facebook, mereka menyatakan bahawa Taufan Nida di Hong Kong dan China telah menjejaskan proses penghantaran OnePlus 3 ke sini. Dijangkakan peranti tersebut akan sampai ke Malaysia pada esok hari (11 Ogos 2016). Portal jualan atas talian seperti Lazada telah pun dimaklumkan, dan mereka akan menghubungi pelanggan untuk memaklumkan perkara tersebut.

