
Servis dan aplikasi dari Speedtest merupakan pilihan ramai pengguna yang ingin menguji kelajuan data Internet. Kini anda mempunyai satu lagi pilihan servis, kali ini dibawakan pembekal kandungan hiburan terkenal, Netflix.
Beberapa bulan yang lalu Netflix telah melancarkan servis ujian kelajuan Internet melalui portal web. Kini anda boleh mendapatkan servis yang sama melalui aplikasi iOS dan Android yang baru sahaja dilancarkan secara percuma.

