
OPPO F1 yang terkenal dengan tagline ‘Selfie Expert’ hari ini telah melancarkan variasi ketiganya yang dikenali sebagai OPPO F1s. Majlis pelancaran diserikan lagi dengan penampilan pakar selfie yang terkenal, Nora Danish.
Hadir dengan penggambaran depan yang luar biasa beresolusi 16 Megapiksel dengan sensor 1/3 inci dan apertur besar f/2.0, ia diperhebatkan dengan kamera utama 13 Megapiksel. Tidak cukup dengan itu, OPPO F1s telah didatangkan dengan mod Beautify 4.0 yang menyediakan tujuh taraf kecantikan dan dua mod tone kulit, supaya pengguna boleh mendapatkan mod terbaik bagi wajah mereka.
OPPO F1s turut menyediakan akses pengimbas cap jari yang pantas, iaitu hanya 0.22 saat sahaja. Menariknya fungsi pengimbas cap jari ini, ia boleh digunakan untuk menu yang berbeza. Ia sememangnya satu fungsi berguna dalam segmen harganya.
Dipancu oleh pemproses Octa Core 64-bit dengan RAM 3GB dan ROM 32GB, ia menyokong tiga slot kad SIM yang membolehkan anda meletakkan dua kad SIM serta kad tambahan microSD sebesar 128GB tanpa perlu memilih slot kad SIM ke dua dengan kad memori tambahan.
OPPO F1s ditawarkan pada harga RM 1,198 dengan dua pilihan warna iaitu Emas dan Ros Emas dan ia boleh ditempah bermula 10 Ogos 2016 sehingga 19 Ogos 2016. Selain itu, peranti ini juga boleh didapati di semua pusat jualan OPPO di seluruh negara mulai 20 Ogos 2016.

Pada pameran tersebut, turut kelihatan sebuah smartband dari Olike. Menurut pihak Olike, Olike SmartBand akan diperkenalkan secara rasmi di Malaysia pada awal Oktober 2016 dengan harga bawah RM 200. Ianya pasti sangat berbaloi untuk dimiliki dengan fungsi yang ditawarkan, kita nantikan bersama-sama ya~



