Sempena penajaan kejohanan PUBG Mobile pertama di Malaysia iaitu PUBG Mobile Malaysia National Championship (PMNC) 2018, Yoodo sebagai salah satu penaja utama selain vivo telah menawarkan pakej menarik khusus peminat PUBG Mobile dan pengguna telco ini.

Yoodo secara rasmi mengumumkan bahawa pasukan juara Gank FTY sebagai Yoodo Gank, pasukan eSport rasmi PUBG mereka. Selain itu, Yoodo juga mengadakan dua pusingan pertandingan “Beat-the-Champion” PUBG setiap bulan mulai 28 Mac, pemain dari seluruh dunia boleh mencabar pasukan juara “Yoodo Gank”.
Pertandingan ini akan berdasarkan sistem pemarkahan PMNC 2018, anda boleh mendapat markah tambahan sekiranya menewaskan pasukan “Yoodo Gank”, dan pasukan pemenang akan memenangi hadiah tunai sebanyak RM600 dan kredit Yoodo sebanyak RM50.
Tambahan lagi, Yoodo juga akan menjalankan promosi khas yang menwarkan 20GB data PERCUMA khusus peminat PUBG Mobile sehingga 30 April ini. Sempena ulang tahun pertama PUBG, Yoodo dan Tencent juga mengadakan parti bersama peminat mereka di KL Live pada 23 Mac (Sabtu, 6 petang).
Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Yoodo.

