
Murid sekolah berumur dari 13 sehingga 18 tahun dijemput menyertai pertandingan video anjuran Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) yang meletakkan fokus kepada gejala “Cyberbully”. Pertandingan tersebut akan berlangsung sehingga 15 September 2016.
Pertandingan ‘Be Smart, Use Heart’ adalah salah satu inisiatif dalam program CyberSAFE, peserta perlu memuat naik video bicara berkenaan cyberbullying berdurasi tidak lebih dari 1 minit. Video tersebut mestilah menarik, tidak kira menyentuh berkenaan idea, cerita, penyelesaian dan apa-apa sahaja berkenaan cyberbullying. Kandungan video mestilah disampaikan dalam Bahasa Inggeris.
Syarat Penyertaan: –
Peserta
- Remaja/kanak-kanak Malaysia berumur 13 sehingga 18 tahun.
Apa yang perlu dilakukan
- Rakam video anda berkenaan cyberbully dan hantar kepada Digi.
- Video boleh berkisarkan idea, cerita, jalan penyelesaian berkenaan cyberbully.
- Mesej yang disampaikan hendaklah membawa impak positif.
- Akhiri video anda dengan slogan “Be Smart, Use Heart”
Tarikh tutup
- Hantar video anda selewat-lewatnya 15 September 2016.
Cara Menghantar Penyertaan
- Muat naik video anda ke laman YouTube
- Isi borang yang disediakan di Digi
- Pastikan pautan video yang diisi di dalam borang betul bagi mengesahkan penyertaan anda.
Contoh video


