
Spotify Berdepan Saman RM6.4 Bilion Atas Isu Hak Cipta Lagu
Platfom perkhidmatan penstriman muzik popular Spotify baru-baru ini dikhabarkan berdepan tuntutan saman sebanyak $1.6 bilion (RM6.4b) gara-gara melanggar hak cipta lagu. Wixen Music yang menfailkan saman mengatakan Spotify tidak mengikut polisi hak cipta lagu dengan memutarkan lagu terpelihara tanpa mendapatkan lesen dari penerbit.

Syarikat penstriman ini dikatakan menyediakan lagu seperti “Light My Fire” oleh The Doors dan “Free Fallin” oleh Tom Petty serta beribu lagu lain kepada penggunanya tanpa mendapatkan kebenaran pemiliknya. Spotify juga didapati telah menyalurkan tugasnya kepada syarikat perkhidmatan perlesenan dan royalti pihak ketiga tanpa lesen yang lengkap.
Spotify yang merancang pasaran saham tahun ini telah berkembang sebanyak 20 peratus dengan nilai sekurang-kurangnya $19 bilion (RM76.4b) untuk beberapa bulan terakhir.

