Fungsi Baru Uber & Grab Memudahkan Perjalanan Anda!

Perkhidmatan pengakutan Uber dan Grab hari ini semakin diterima ramai. Selain memudahkan perjalanan, harga yang ditawarkan juga berpatutan. Uber dan Grab juga sering mengemaskini aplikasi mereka dengan pelbagai fungsi baru yang menarik.

Baca Juga: Uber Melancarkan UberFLASH Dan UberTAXI

Bagi anda yang jarang menggunakan perkhidmatan ini mungkin tidak tahu apa fungsi terbaru yang ditawarkan. Oleh itu, mari sama-sama lihat mana tahu ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda pada masa akan datang!

 

1) Destinasi Pelbagai (Multiple Destinations)
Uber

Sebelum ini pengguna hanya boleh menetapkan satu destinasi dan perlu membuat banyak kali tempahan untuk ke banyak destinasi. Kini tidak lagi, dengan adanya destinasi pelbagai tanda ‘+’, anda boleh menambah sehingga tiga destinasi dalam satu tempahan.

Grab

Lebih menarik, lokasi tersebut boleh ditambah atau dibuang semasa perjalanan. Fungsi ini sangat sesuai digunakan untuk perjalanan menghantar barang, atau perjalanan lebih dari seorang dan mahu pergi ke lokasi berlainan dalam satu kenderaan.

**Pesanan**

Fungsi ini tidak disediakan pada GrabShare dan JustGrab.

 

2) Simpan lokasi (Saved Places)

Jika anda sering ke sesuatu lokasi yang sering dikunjungi menggunakan Uber mahupun Grab, anda boleh menyimpannya di dalam Saved Places. Sebagai contoh, pasaraya, taman permainan, restoran, bank, LRT dan pelbagai lagi. Ia secara tidak langsung dapat menjimatkan masa anda tanpa perlu mencari balik lokasi tersebut.

 

3) Butang Kecemasan
Grab

Berikutan banyak kes yang melibatkan pengguna Uber dan Grab, kerajaan telah meminta Uber dan Grab untuk menyertakan butang SOS atau kecemasan pada aplikasi mereka. Grab telah menyediakan butang kecemasan pada aplikasi mereka, tetapi sebaliknya Uber masih tidak ketahui lagi. Apabila pengguna Grab menekan butang ini, ia akan terus mendail nombor “999” dengan menghubungi terus kepada polis.

 

4) UberFlash & JustGrab
Uber

Kedua-duanya menawarkan fungsi yang sama, di mana Uber dan Grab memberi pilihan lebih pantas buat pengguna. Dengan memilih UberFlash atau JustGrab, sistem akan memilih secara automatik sama anda kenderaan biasa ataupun teksi yang berada berhampiran anda.

Masih menggunakan meter, tetapi pengguna boleh membuat pilihan sama ada menggunakan kad debit/kredit atau tunai semasa membuat pembayaran.

 

5) Tempahan untuk Orang Tersayang [Khas untuk Uber]

Ibubapa yang semakin berusia dan sukar untuk bergerak sendiri, dan sangat memerlukan perkhidmatan seperti Uber dan Grab. Kini anda boleh membuat tempahan Uber bagi pihak orang lain. Caranya mudah sahaja, buat tempahan seperti biasa tetapi pilihan lokasi ke tempat lain. Aplikasi Uber akan mengesan lokasi yang jauh dari tempat anda dan memaparkan notis, adakah anda atau orang lain yang akan diambil.

Jika anda pilih mengambil orang lain, ia akan memberi anda untuk memilih kenalan dari kontak. Apabila tempahan disahkan, kenalan akan menerima mesej berkenaan maklumat pemandu, dan pemandu juga akan menerima mesej tentang maklumat penumpang untuk berhubung antara satu sama lain.

 

 

 

You might also like