

Apa yang menjadi kerisauan apabila membeli peranti Android ialah kemas kini untuk sistem operasi tidak selalunya ditawarkan. Ini tidak seperti platfom iOS dimana kemas kini sistem operasi hadir sekurang-kurangnya selama lima tahun untuk satu model.
Baru-baru ini pihak Motorola mengumumkan bahawa peranti di bawah jenama mereka akan mula di kemas kini kepada Android 8.0 Oreo dalam masa beberapa bulan lagi. Mereka turut menyenaraikan peranti-peranti seperti :
-
moto z
-
moto z Play
-
moto z2 Play
-
moto x4
-
moto g5 Plus
- moto g5s Plus
Walaubagaimanapun, buat masa ini pihak Motorola masih belum memberikan tarikh yang sebenar. Tetapi, dengan adanya kemas kini terbaru ini sebahagian besar daripada anda kini mampu menarik nafas lega.

