Uber Menawarkan Servis KLCC Express

822
- Iklan -

1

Memandu di sekitar Kuala Lumpur terutamanya di KLCC merupakan satu masalah jika anda ingin cepat menghadiri temu janji, mesyuarat dan lain-lain. Bukan sahaja keadaan trafik yang sentiasa sesak, malah untuk mendapatkan tempat letak kereta juga amat sukar.

2

Kini Uber memperkenalkan pakej KLCC Express yang menawarkan kadar rata RM 5 kepada mereka yang menggunakan servis tersebut di sekitar KLCC. Namun servis ini hanya ditawarkan pada hari Isnin hingga Khamis pada pukul 4 petang – 8 malam. Apa yang anda perlu lakukan adalah lancarkan aplikasi, pilih lokasi dan klik Request KLCC Express. Seorang pemandu Uber akan datang untuk mengambil anda dalam masa yang singkat dan membawa anda ke destinasi yang ingin dituju.