
Kaki swafoto dan fotografi bakal merasai saat-saat yang lebih sensasi, kerana Celcom kini menawarkan OPPO F11 Pro (dirasmikan pada 19 Mac) secara PERCUMA apabila mereka melanggan pelan pascabayar Celcom Mobile.
OPPO F11 Pro ditawarkan dengan pelan pascabayar Celcom Mobile Platinum yang didatangkan dengan 100GB data pada RM188 sebulan, pelanggan juga boleh memiliki peranti ini hanya pada RM54 sebulan melalui pelan ansuran mampu milik Celcom iaitu EasyPhone.
Dijual pada harga runcit RM1,399, F11 Pro hadir dengan kamera hadapan tersembunyi 16MP dan dwi kamera utama 48MP + 5MP dengan aperture f/1.79. Sokongan lain seperti sistem pengecasan pantas VOOC, 6GB RAM dan 64GB ROM, 4000mAh kapasiti bateri, 6.5 inci paparan skrin turut disediakan.
Pra-tempahan akan bermula 19 ~ 29 Mac 2019 di Celcom Online Store, cawangan Celcom Bluecube dan Celcom Certified Partners di seluruh negara, dan akan mendapat peranti baharu pada 30 Mac 2019. Pelanggan yang membuat pra-tempahan juga akan menerima pengecas mudah alih universal berharga RM110 untuk masa terhad.
Jangan lepaskan peluang untuk miliki siri F OPPO terkini daripada Celcom, layari Celcom untuk maklumat lanjut.
__________________________
Baca Juga:
- OPPO F11 Pro Bakal Dirasmikan Di Malaysia, Prestasi Terbaik Dalam Situasi Low Light
- Selain Fattah Amin, Eric Chou Turut Memeriahkan Pelancaran Rasmi OPPO F11 Pro
- OPPO Menampilkan Fattah Amin Sebagai Duta OPPO F11 Pro!

