
Perkahwinan Pelik, Aaron Chervenak Memilih iPhone Sebagai Isteri!
Sebahagian penduduk di Amerika Syarikat menganggap smartphone merupakan keperluan paling penting dalam kehidupan seharian. Begitu juga dengan seorang lelaki dari Los Angeles, apabila mengambil keputusan untuk berkahwin dengan smartphone miliknya.
Aaron Chervenak, sanggup memandu dari Los Angeles ke sebuah gereja kecil di Las Vegas semata-mata menunaikan impiannya untuk berkahwin dengan smartphone tersebut. Semasa majlis perkahwinan, Aaron juga menyarungkan sebentuk ‘cincin’ pada smartphonenya sebagai tanda ikatan cinta.
Gereja yang dikenali sebagai The Little Las Vegas Chapel itu terkenal kerana sering menganjurkan perkahwinan pelik dan tidak masuk dek akal. Bila dah taksub dengan smartphone, dorang nie sanggup lakukan apa sahaja. Macam-macam kan….