
Servis Streaming Muzik Dan Video Dari BitTorrent
Sebuah servis streaming muzik dan video baru telah dilancarkan baru-baru ini oleh syarikat yang sudah lama bertapak di dalam industri sumber media. BitTorrent Now merupakan wajah baru bagi servis muat turun BitTorrent Bundle yang sebelum ini lebih memfokuskan operasi mereka di dalam muat turun kandungan artis dan pembelian hasil karya pemuzik dari seluruh dunia.
Kini BitTorrent beranjak ke model operasi yang lebih banyak diterima majoriti pengguna, iaitu streaming. BitTorrent Now menawarkan servis dan fungsi sama seperti kebanyakan platform streaming lain. Anda boleh mendengar dan menonton karya-karya dari artis dan produser yang terkenal dan juga yang sedang meningkat naik di dalam industri.
Fasa pertama servis BitTorrent Now dilancarkan melalui platform website dan juga aplikasi Android, manakala untuk platform iOS dan juga Apple TV akan hadir pada masa akan datang.