EXMobile Lancar Telefon Pintar Dari Siri VoLte Dan EX Watch Di Malaysia

1440
- Iklan -
a2
EXMobile VoLte 2 dan EX Watch kini sudah mula dijual pada harga RM549 dan RM399.

EXMobile baru-baru ini telah melancarkan telefon pintar terbaru keluarannya dari siri VoLte dan juga EX Watch untuk pasaran di negara ini. Berada dalam perniagaan ini selama 6 tahun, EXMobile telah membina rangkaian yang kukuh melalui lebih 800 pengedar di seluruh Malaysia dengan lebih 100 tawaran model sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2009 yang lalu. Bahkan sehingga kini sudah terdapat sebanyak 10 buah pusat servis di seluruh Malaysia dan akan terus diperluaskan pada masa akan datang. Berdasarkan kepada rekod EXMobile, tahun 2015 sahaja telah berjaya menjana pendapatan sebanyak RM50 juta dan lebih 100 ribu unit peranti jenama syarikat tersebut telah berjaya dijual.

Untuk tahun 2016, EXMobile bercadang untuk mewujudkan kesedaran jenama yang lebih baik di kalangan pengguna tempatan dengan kerjasama daripada pihak media dan juga perikatan strategik. Syarikat itu juga akan menjadi lebih proaktif dengan kemunculan digital dalam media sosial, pengiklanan dalam talian dan juga menyediakan pengalaman laman sesawang syarikat yang lebih baik kepada pengguna. Selain itu, EXMobile juga akan turut memperkukuhkan perkhidmatan selepas jualan dengan meningkatkan pusat pungutan / pusat perkhidmatan, menawarkan perkakasan yang dipercayai dan konsisten, serta memastikan pasukan teknikal yang responsif. Untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan EXMobile dan juga peranti yang diperkenalkan, sila layari www.exmobile.my.

a1
Kemunculan siri telefon pintar VoLte ini telah memperlihatkan inisiatif EXMobile untuk membina semula jenama baharu dengan tujuan untuk memperkenalkan produk yang lebih berkualiti dengan reka bentuk menarik.